Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Gugusan Bahasa Asing dan Tempatan bersama Gugusan Bahasa Inggeris, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Program Malam Bahasa Antarabangsa dan Tempatan PPIB 2024 sempena sambutan 30 tahun UMS seperti ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh: 15 November 2024 (Jumaat)
⏰ Masa: 6:00 petang
📌 Tempat: Dewan Resital, ASTiF UMS
👕 Tema pakaian: Busana tradisional
⭐️ Masuk Percuma ⭐️
📣Semua staf dan pelajar UMS dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.
🎉 Saksikan persembahan hebat oleh pelajar tempatan dan antarabangsa yang akan menampilkan bakat mereka dalam bahasa yang dipelajari.
Program ini turut menampilkan:
🎪 Reruai Pameran
🎶 Muzik Orkestra
👗 Peragaan Busana Tradisi
🍽️ Kendera Saji (Food Truck)
🎁 Cabutan Bertuah dan Reruai Tercantik
✅ Mata IDP/SDP akan diberikan kepada yang layak.
🙌 Jangan lupa janji temu kita! 🥰
Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Penganjur MBAT2024 ❤️