Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari
HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN MENGIKUTI PROGRAM TASKA, PROGRAM TADIKA, PROGRAM DAYCARE PUSAT MINDA LESTARI, UMS KOTA KINABALU DAN PUSAT MINDA LESTARI DI FAKULTI PERTANIAN LESTARI, UMS SANDAKAN BAGI TAHUN 2025
Salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa PML mempelawa kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang berminat untuk menghantar anak-anak bagi mengikuti program-program yang ditawarkan di Pusat Minda Lestari, UMS Kota Kinabalu dan Pusat Minda Lestari di Fakulti Pertanian Lestari, UMS Sandakan.
Tarikh permohonan dibuka bermula pada 01 November sehingga 15 November 2024 melalui pautan https://pml.ums.edu.my
Maklumat lanjut permohonan boleh dirujuk dalam poster iklan yang dilampirkan.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 088-320000 sambungan 202602/202600 (PML Kota Kinabalu) dan Puan F. Salmah Abd Kadir (PML Sandakan) di talian 010-9485234.