Jom Meriahkan Hari Terbuka Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan Sempena Ulang Tahun ke-30 UMS

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan

 

Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan HARI TERBUKA FKAL 2024.
 
Antara pengisian program adalah bagaimana FKAL membantu masyarakat Labuan melalui program Asnafprenuer 1.0 & 2.0; Basmi Miskin Tegar - Initiatif Pendapatan Rakyat (BMT-IPR), Projek UniMADANI; Crowdfunding; Stock Trading Competition (STC); Rakan LOI MOU MOA & RA; Penyelidikan serta penerbitan; temui juga ENAM (6) rakyat tempatan Labuan dgn kelulusan PhD; sesi perkongsian ilmu dengan pihak industri serta jualan hasıl program modul Usahawan FKAL UMS.
 
Anda juga boleh bertanya tentang peluang melanjutkan pengajian diperingkat ijazah dan masters secara separuh masa serta kursus-kursus pendek yang ditawarkan.  
 
Saksikan juga program kemasyarakatan yang dibuat oleh Perwakilan Mahasiswa FKAL
🏫Tarikh: 20 hingga 22 November 2024
🗓️ Masa: 8:30 pagi hingga 4:30 petang
⏰Tempat: Ruang Legar, Bangunan Menara, UMS Kampus Antarabangsa Labuan
 
🔊🔊🔊JOM DATANG BERAMAI-RAMAI KE HARI TERBUKA FAKULTI KEWANGAN ANTARABANGSA LABUAN 2024!!!