Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-Undang
Link : https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m3ee7ed7d7ba72c05533aff761e621786
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI WEBINAR GANGGUAN SEKSUAL: GURAU JE, JANGAN LAH MARAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT) menjemput pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, menghadiri webinar di atas pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 18 November 2024 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Secara Dalam Talian (Webex)
Penceramah : Encik Mohd. Juhari bin Ab. Kadir, Universiti Malaysia Terengganu
3. Sehubungan itu, mohon pihak YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk membuat hebahan webinar ini kepada semua kakitangan di bawah seliaan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
4. Sesi perkongsian ini adalah terbuka kepada semua warga UMS.
5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan En. Mohd. Nazif bin Yaakub di talian 014-8703170 atau di alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Perhatian dan kehadiran pihak YBhg. Prof. Datuk/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
--
Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU)
Universiti Malaysia Sabah