Tarikh-tarikh Pemprosesan Data MPKP

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

🔊Dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh bagi pemprosesan data Maklum Balas Penyampaian Kursus Pelajar (MPKP) akan dilaksanakan sebanyak tiga kali sepanjang tempoh pengisian borang e-LNPT Akademik tahun 2024. Tarikh-tarikh pemprosesan adalah seperti berikut:
 
1. 20 Disember 2024 - Pemprosesan data kali pertama
2. 10 Januari 2025 - Pemprosesan data kali kedua
3. 1 Mac 2025 - Pemprosesan data kali ketiga
 
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENSYARAH
Pensyarah adalah DIINGATKAN untuk memastikan semua pelajar masing-masing mengisi dan melengkapkan borang MPKP sebelum 20 Disember 2024 sekiranya ingin skor PK07 (Delivery of Lectures) dijana dalam pemprosesan pertama.
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UMS.
 
Sekian, terima kasih.