Pengumuman Daripada: Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan UMS
![]() | Akta Biokeselamatan 2007 |
- Pemakluman kepada semua penyelidik utama yang menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang melibatkan organisma yang diubah suai secara genetik (GMO) atau organisma hidup terubah suai (LMO) di UMS terutamanya yang melibatkan Bioteknologi Moden.
- IBC, UMS ditubuhkan secara khusus (tetapi tidak terhad) bagi menilai semua projek penyelidikan yang melibatkan GMO/LMO yang telah dijalankan di UMS, sedang dijalankan atau dirancang untuk dijalankan.
- Oleh yang demikian, penyelidik perlu mendaftar terlebih dahulu di Borang Google untuk aktiviti melibatkan penghasilan organisma yang diubah suai secara genetik (GMO) atau organisma hidup terubah suai (LMO) bagi tujuan IBC, UMS menjalankan saringan aktiviti yang didaftar. Pautan Google form untuk daftar aktiviti seperti berikut:
- Pihak IBC, UMS akan memaklumkkan segera kepada penyelidik dan membantu penyelidik sekiranya aktiviti yang didaftarkan perlu melengkapkan borang-borang yang berkaitan. Borang yang lengkap perlu dikemukakan kepada IBC, UMS untuk penilaian.
- Borang-borang yang telah dinilai akan dimajukan kepada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK)/National Biosafety Board (NBB) di bawah Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi mendapatkan kelulusan.
- Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web
- Laman web IBC, UMS https://www.ums.edu.my/ipbv2/index.php/research2/biosafety/institutional-biosafety-committee-ibc-ums
- Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
https://www.biosafety.gov.my/en/perkhidmatan/permohonan-kelulusan-uji-kaji-lapangan/
https://www.biosafety.gov.my/en/perkhidmatan/pemberitahuan-kegunaan-terkawal/
- Panduan pengguna mengenai biokeselamatan berkaitan dengan GMO/LMO, termasuk Bab 4 (mengenai Pengecualian) :
https://www.biosafety.gov.my/info-korporat/undang-dan-dasar/
- Sehubungan itu, di bawah Akta Biokeselamatan Malaysia 2007 (Akta 678), penyelidik utama dan Institut yang gagal mematuhi Akta 678 boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti berikut:
- Penalti kepada individu sehingga RM250,000 dan/atau penjara tidak melebihi 5 tahun (Seksyen 26, bahagian a)
- Penalti kepada perbadanan korporat (dalam hal ini, UMS) tidak melebihi RM500,000 (Seksyen 26, bahagian b)
- Sitaan dan penutupan premis (Seksyen 44).
- Untuk maklumat lanjut, emailkan kepada IBC, UMS di alamat email seperti berikut:
- Prof. Dr. Vijay Kumar FASc Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Prof. Madya Dr. Kenneth F. Rodrigues Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Pn. Salmi Afidah Shabuddin Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.