Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data Kecerdasan Buatan (DARTIC), UMS
Dimaklumkan bahawa Sistem Data Warehouse UMS (DWH) akan mengalami gangguan capaian disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengemaskinian Sistem Pengoperasian Pelayan (Server) DARTIC pada Tarikh dan masa berikut:
Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan, sistem akan mengalami gangguan sementara.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian dan Terima Kasih.