UMS Ke Arah Kampus Tanpa Tunai

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang dalam pelaksanaan ke arah Kampus Tanpa Tunai.
 
Sehubungan dengan itu, semua urusan pembayaran di kaunter universiti dan kaunter peniaga di seluruh kampus UMS adalah melaksanakan mod bayaran urusniaga atau transaksi secara tanpa tunai seperti kad debit, kad kredit, e-dompet atau pembayaran melalui portal e-Payment UMS (FPX dan kad kredit atas talian).
 
Kerjasama dan komitmen daripada semua warga UMS adalah sangat diharapkan bagi merealisasikan Kampus Tanpa Tunai UMS.
 
Sekian dan terima kasih.
 
Info lanjut, sila hubungi: 
Sektor Terimaan, Kutipan dan Kawalan Penghutang
Jabatan Bendahari
(e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)