Pengumuman Daripada: Hospital UMS
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Berita baik untuk semua bakal-bakal tetamu Allah pada tahun 2025, Poliklinik & Pusat Rawatan Warga menawarkan Pakej Pemeriksaan Haji 2025 berserta vaksin wajib (meninggococcal) & vaksin pilihan (pnuemococcal/influenza). Pemeriksaan akan dijalankan oleh pegawai perubatan yang telah berdaftar di bawah KKM pada tahun ini.
Sekiranya berminat, boleh menghubungi nombor klinik seperti yang tertera untuk mendapatkan tarikh temujanji.
Pemeriksaan haji dijalankan berdasarkan temujanji yang telah dibuat. Tiada walk-in dibenarkan atas kekangan jumlah Pegawai Perubatan yang boleh menjalankan pemeriksaan untuk bakal jemaah haji 2025.