Pembukaan Permohonan Public-Private Research Network 2.0 Fasa 1 Bagi Tahun 2025

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

PEMBUKAAN PERMOHONAN PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 FASA 1 BAGI TAHUN 2025 
 
Program Public Private Research Network (PPRN) merupakan inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mengetengahkan model kerjasama strategik antara industri dan akademia bagi meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi yang berpacukan permintaan. Program PPRN telah mula dilaksanakan bermula tahun 2015 dan sehingga kini terbukti dapat membantu sektor industri khususnya perusahaan kecil dan sederhana untuk meningkatkan produktiviti dan pengetahuan teknologi seiring dengan perkembangan semasa.
 
Tarikh Pembukaan Permohonan : 7 Januari 2025 (Selasa) 
Tarikh Tutup Permohonan : 9 Februari 2025 (Ahad) 
 
Sehubungan dengan itu, ahli akademik Universiti Malaysia Sabah adalah dipelawa untuk membuat permohonan melalui laman sesawang http://epprn.mohe.gov.my  Sila imbas QR Code yang tersedia diposter untuk memuat turun Garis Panduan Pelaksanaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (Public-Private Research Network - PPRN) 2.0 
 
Sebarang pertanya boleh terus menghubungi Puan Rohani Binti Hadi (No.Telefon : 016-803 2554) atau Puan Priscilla Clare Primus (No. Telefon : 014-996 8245)