Pengumuman Daripada: Penerbit UMS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Dana Penerbitan Artikel (SDPA) dan Skim Dana Penerbitan Artikel Dalaman (SDPAD) dilanjutkan sehingga 31 Mac 2025.
Lanjutan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pemohon menggunakan baki peruntukan dan kuota yang tersedia, khusus untuk penerbitan tahun 2024 dan 2025.
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi Penerbit UMS di pautan berikut:
Borang yang telah lengkap boleh dihantar secara fizikal (hardcopy) ke Pejabat Penerbit UMS, Aras 2, Pusat Pengajian Pascasiswazah.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Urus Setia Dana Artikel.
Sekian, terima kasih.
Sektor Penerbitan, Penerbit UMS