Pengumuman Daripada : Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada kelulusan melalui minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil.17/2024 Kali Ke-375, kerja-kerja penebangan keseluruhan pokok palma di Jalan Perdana Puncak Ilmu, UMS sedang dijalankan oleh pihak syarikat yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (Atikah Enterprise (Kinabalu) Sdn Bhd).
Oleh yang demikian, sebahagian jalan raya di kawasan terbabit akan ditutup bagi memberi ruang bagi kerja-kerja penebangan dijalankan.
Bagi menjamin keselamatan dan melancarkan kerja-kerja penebangan, sebarang aktiviti riadah, P&P dan penyelidikan di kawasan tersebut adalah tidak digalakkan sepanjang tempoh tersebut.
Semua pengguna jalan raya di kawasan yang terlibat, dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Sekian dan harap maklum.
TARIKH MULA : 18 JANUARI 2025
TARIKH SIAP : 26 JANUARI 2025
LOKASI YANG BERLOREK MERAH ADALAH YANG TERLIBAT DENGAN KERJA-KERJA PENEBANGAN