Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS
JEMPUTAN KE PROGRAM CERAMAH ISRAK MIKRAJ DAN SOLAT HAJAT IMTIHAN PERDANA DI MASJID UMS
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Program Ceramah Israk Mikraj dan Solat Hajat Imtihan Perdana yang akan diadakan pada ketetapan seperti maklumat berikut:
Tarikh : 27 Januari 2025 (Isnin)
Masa : 6.00 Petang
Tempat : Masjid UMS
3. Sehubungan dengan itu, pihak Pusat Islam amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Dr./tuan/puan untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini. Bersama-sama dengan surat ini disertakan aturcara majlis untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./Dr./tuan/puan selanjutnya.
Kerjasama dan sokongan pihak YBhg. Prof./Dr./tuan/puan berkenaan perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
PUSAT ISLAM
Universiti Malaysia Sabah