Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS
Assalaamualaikum WBT,
📍 Pengumuman Kadar Nisab Zakat Harta Negeri Sabah Bagi Tahun 2025 adalah:📍
✨ RM29,000.00✨
Berdasarkan Nilaian 85 Gram Emas.
(Sumber: Bahagian Zakat Dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki,”
(Surah Saba’ : Ayat 39)
Pusat Islam UMS menyediakan perkhidmatan bayaran zakat secara potongan melalui gaji yang lebih mudah, selamat dan perbelanjaan bulanan yang lebih terancang. Perkhidmatan ini dinamakan Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang boleh diakses melalui sistem HR online UMS. Potongan tersebut akan dibuat secara bulanan oleh majikan dan setiap pemotongan akan tertera di dalam penyata gaji bulanan.
Bagaimana nak mula atau tambah potongan zakat? Anda boleh:
- Log masuk ke Sistem HR online UMS
- Pilih Menu
- Pilih Pusat Islam UMS
- Pilih Zakat Penggajian
Jom mula potong...
Sebarang Persoalan, boleh menghubungi: 088-320 624 (Hotline)
#zakatmembawaberkat
#mudahberzakatbersamapiums
#pzb
#UMSshare