NADOPOD Bagi Insiden yang Menyebabkan Individu Mendapat Cuti Sakit Melebihi 4 Hari

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

Adakah anda tahu kewajipan melaporkan suatu insiden yang boleh menyebabkan individu menerima rawatan sehingga mendapat Cuti Sakit melebihi 4 hari?  Jika ini sesuatu yang baru dalam hidup anda, jom kita tambahkan sedikit ilmu untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kita. Berikut di terangkan beberapa maksud perkataan / ayat untuk memudahkan kita memahami keperluan melaporkan insiden yang melebihi cuti sakit 4 hari.
    
  1. Apakah itu Insiden? 
    Sebarang kejadian insiden yang boleh menyebabkan kecederaan, penyakit pekerjaan atau kematian yang boleh berlaku di tempat kerja.
     
  2. Kenapa perlu dilaporkan?
    Pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004
     
    Siasatan dapat dilakukan segera bagi mengenalpasti punca dan melaksanakan langkah kawalan dan pencegahan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
     
  3. Bilakah laporan perlu dibuat?
    Laporkan segera. Sekiranya anda menerima surat Cuti Sakit melebihi 4 hari setelah menerima rawatan daripada Doktor, maklumkan segera kepada Setiausaha JKKP dan COSH untuk pemberitahuan kepada Jabatan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP Negeri).
     
    4) Kepada siapa perlu dilaporkan?
    Imbas Kod QR NADOPOD di JAFPIB di lokasi kejadian.