Pengumuman Daripada: Pusat Rawatan Rehabilitasi, Hospital UMS
📢 NOTIS PEMAKLUMAN! 📢
PERPINDAHAN LOKASI BAGI RAWATAN REHABILITASI KECEDERAAN TANGAN, MUSKULOSKELETAL (MSK) & BURN
Dimaklumkan bahawa bermula 3 Mac 2025, rawatan terapi bagi kecederaan tangan, muskuloskeletal (MSK - otot/tulang/sendi), serta burn (kelecuran & parut) di Pusat Rawatan Rehabilitasi, Hospital Pakar UMS (HUMS) akan dijalankan di lokasi baharu seperti berikut:
📍 Bangunan Plastinasi
(Belakang Bangunan Pusat Rawatan Warga UMS)
Perubahan lokasi ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan rawatan pesakit di pusat rehabilitasi kami.
🔹 Untuk maklumat lanjut & pertanyaan:
📞 Hotline Rehabilitasi: +6088-329208
📲 Imbas QR Code pada poster untuk navigasi ke lokasi baharu.
Pihak kami juga akan menghubungi pesakit yang mempunyai temujanji untuk memaklumkan tentang lokasi rawatan baharu.
Kami menghargai sokongan anda dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan.