Jemputan ke Sesi Taklimat Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan 2025 Secara Atas Talian

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT KONSORTIUM KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN (KKP) 2025 SECARA ATAS TALIAN
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan, akan mengadakan sesi taklimat berkenaan permohonan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2025 seperti maklumat dan ketetapan berikut;
 
            Tarikh                  : 03 Mac 2025 (Isnin)
            Masa                     : 10.00 pagi
            Pautan                 : https://bit.ly/41eHWXK (Cisco Webex)
            Penceramah           : YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Isa Abd Majid
                                           Pengarah
                                           Pusat Racun Negara
                                           Universiti Sains Malaysia
 
3.         Sebagai makluman KKP adalah salah satu platform untuk menggalakkan Pusat Kecemerlangan (CoE) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) ke arah penarafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) dan seterusnya menjadi pakar rujuk (referral point) dalam bidang nic berfokus.
 
4.         Sehubungan itu, mohon kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan agar dapat menghebahkan kepada semua kakitangan akademik, penyelidik dan pelajar di Fakulti/Akademi/Institut/Pusat seliaan masing-masing. 
 
Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.