Pencarian Penyunting Bebas dan Pereka Grafik Bebas

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Penerbit UMS (PUMS) mengalu-alukan kakitangan UMS untuk menyertai PUMS sebagai Penyunting Bebas dan Pereka Grafik.
 
Kriteria utama untuk calon-calon yang ingin memohon adalah seperti berikut:
 
PENYUNTING BEBAS
•     Mempunyai kemahiran menyunting naskhah dalam pelbagai genre penerbitan.
•     Mempunyai idea, kreativiti, dan pengalaman luas dalam bidang penyuntingan.
 
PEREKA GRAFIK BEBAS
•     Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian perekaan buku. 
•     Mempunyai idea, kreativiti, dan pengalaman luas dalam bidang perekaan.  
 
Jika YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berminat, sila kemukakan resume ke e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau boleh berhubung dengan Puan Ainun Jamil untuk sebarang pertanyaan di talian 013-8711716.
 
Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
 
Sekian.