Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Dimaklumkan bahawa Permohonan Rayuan Semakan Semula Markah LNPT Akademik & Pentadbiran Tahun 2024 telah dibuka bermula 7 Mac 2024 sehingga 7 April 2024.
Sehubungan itu, semua kakitangan Akademik dan Pentadbiran adalah WAJIB untuk membuat semakan markah masing-masing bagi LNPT Tahun Penilaian 2024 dan memberikan maklumbalas setuju atau tidak setuju.
Kakitangan yang TIDAK membuat sebarang pengesahan dalam tempoh masa yang diberikan, dianggap bersetuju dan berpuas hati dengan penilaian yang diberikan.
Kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.