Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains
![]() | Kenyataan Jualan Lelong Aset Alih di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains |
Semua Kakitangan
Universiti Malaysia Sabah
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
PELUPUSAN ASET ALIH SECARA JUALAN LELONG DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) akan mengadakan pelupusan aset alih secara jualan lelongan pada ketetapan yang berikut:
Tarikh : 26 Mac 2025 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengah hari
Tempat : Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS)
Jualan lelong aset ini adalah terbuka kepada semua kakitangan UMS dan orang awam. Bersama surat ini disertakan Kenyataan Jualan Lelongan Aset Alih (KEW.PA-27) sebagai rujukan dan hebahan pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan dan makluman lanjut bolehlah berhubung dengan En. Timani Kumin (014-8703472).
Sekian dan terima kasih.