Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melanjutkan tempoh permohonan Dana Inovasi Sosial dan Kajian Sosial mulai 17 Mac 2025 (Isnin) hingga 18 April 2025 (Jumaat). Permohonan ini adalah terbuka kepada institusi awam/swasta dan politeknik. Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) bagi universiti awam dan swasta serta Pusat Pengurusan Inovasi (PPI) bagi politeknik. Butiran lanjut berkenaan kaedah permohonan boleh diakses melalui pautan https://rb.gy/dqgqq3.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.