Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa tempoh menjawab Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) telah dilanjutkan sehingga 31 Mei 2025. Pencapaian sekurang-kurangnya 95% adalah diwajibkan oleh JPA, dan pihak JPA akan memantau peratusan secara mingguan.
Sehubungan itu, semua pegawai yang belum menjawab dimohon untuk melengkapkan MyPsyD melalui pautan https://mypsyd.jpa.gov.my sebelum tarikh akhir.
Kerjasama anda amat dihargai. Sebarang isu berkaitan ID dan Kata Laluan HRMIS sila berhubung dengan Cik Nurul (01133695413) atau Cik Rafida (01125274651).
Sekian, terima kasih