Karnival Kerjaya MyFutureJobs X UMS 2025

 
Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan
 
 
 
Karnival Kerjaya MyFutureJobs X UMS 2025
 
Perhatian kepada semua pelajar tahun akhir, graduan, dan orang awam!!!
 
Jangan lepaskan peluang anda untuk hadir ke Karnival Kerjaya MyFutureJobs X UMS 2025 yang akan diadakan pada 29 hingga 30 April 2025 di Auditorium, Pusat Pascasiswazah UMS.
 
Ini adalah peluang terbaik untuk anda berinteraksi dengan wakil daripada pelbagai industri dan meneroka pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan. Selain peluang pekerjaan yang menarik, anda juga boleh sertai ceramah mengenai kerjaya yang akan memberikan anda panduan dan inspirasi untuk memulakan perjalanan kerjaya anda.
 
Datanglah beramai-ramai dan ambil langkah pertama anda ke arah kerjaya yang cemerlang!
 
📅 Tarikh: 29 - 30 April 2025
🕰️ Masa: 9:00 Pagi - 4:00 Petang
📍 Lokasi: Auditorium, Pusat Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah
 
Jumpa anda di sana! 🚀
 
#karnivalkerjaya2025 #temudugaterbuka #peluangintern #peluangkerjaya #careertalk #keusahawananpelajar