Announcement From: Pusat Pengurusan Penyelidikan
Sepertimana YBrs.Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, pemantauan Program /Projek Penyelidikan yang telah di luluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Bilangan 1 Tahun 2025 telah dilaksanakan bermula 21 Mac 2025 dan berakhir pada 6 Mei 2025. Ketua Program/Projek penyelidikan hendaklah mengemukakan laporan prestasi dan kewangan (data sehingga 31 Disember 2024) sebelum atau pada 6 Mei 2025. Pemantauan laporan prestasi program/projek penyelidikan ini merangkumi skim geran penyelidikan seperti berikut :
1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2020 sehingga Fasa 1/2023.
2. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2022 sehingga Fasa 1/2023.
3. Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 sehingga Fasa 1/2020.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Puan Rohani Hadi (No. Telefon : 016-8032554) atau Encik Afendih Ambrih (No.Telefon : 013-8216167)
Sekian, terima kasih.