Penghantaran Laporan Kemajuan dan Laporan Akhir Bagi Projek Penyelidikan Geran Dalam Fasa 1/2025

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Surat Makluman Penghantaran Laporan Kemajuan Dan Laporan Akhir Bagi projek Penyelidikan Geran Dalam Fasa 1/2025
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
YBrs Datuk/ Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan,
 
PENGHANTARAN LAPORAN KEMAJUAN DAN LAPORAN AKHIR BAGI PROJEK PENYELIDIKAN GERAN DALAM FASA 1/2025
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) menjalankan pemantauan berkala setiap enam (6) bulan sepanjang tempoh penyelidikan selaras dengan Garis Panduan Pemantauan Penyelidikan UMS. Pemantauan ini penting untuk: 
  1. Memastikan projek penyelidikan dilaksanakan mengikut perancangan asal;
  2. Memantau kemajuan pelaksanaan penyelidikan, pencapaian output yang ditetapkan, dan penggunaan peruntukan kewangan; dan
  3. Membolehkan pemantauan berkesan di peringkat Fakulti/Akademi/Pusat/Institut (FAPI).
3.       Pemantauan Fasa 1/2025 melibatkan semua Geran Dalam yang telah berdaftar di PPP. Ketua Projek dikehendaki mengemukakan laporan berikut melalui sistem SMPPI:
Tempoh Penghantaran
:
6 MEI  2025 hingga 30 Jun 2025
Laporan Kemajuan
:
Projek yang masih berjalan
Laporan Akhir
:
Projek yang telah tamat tempoh
Kandungan Laporan
:
Status kemajuan penyelidikan, pencapaian output/KPI dan rekod perbelanjaan berdasarkan data terkini GRP9
Peranan Ketua Projek
:
Menghantar laporan melalui sistem SMPPI
Peranan FAPI
:
Menyemak dan memperaku laporan melalui sistem SMPPI
 
4.       Perlu diingatkan bahawa hanya laporan yang telah diperaku oleh FAPI akan disemak oleh PPP.
 
5.       Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh diajukan kepada Pn. Hetty Hazwani Dzulkipli (013-8852373) atau Pn. Nurul Atikah binti A. Romzi (016-4687085).
 
6.       Kerjasama dan komitmen YBrs. Prof./Dr. dalam memastikan pelaksanaan pemantauan Fasa 1/2025 berjalan lancar amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.