Undangan Khas Sebagai Peserta The 1st International Of Art, Design & Creative Technology Symposium And Competition 2025

 

Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif

 

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera. 
 
YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2.   Sukacita dimaklumkan, pihak Akademi Seni dan Teknologi Kreatif Universiti Malaysia Sabah berbesar hati ingin menjemput YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan sebagai undangan khas penyertaan The 1st International Of Art, Design & Creative Technology Symposium And Competition 2025 (I-ADCT25), Akademi Seni Dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah.
 
 
3.   Untuk makluman pihak YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, pihak penganjur juga membuka permohonan kepada yang berminat sebagai juri pertandingan I-ADCT25. Walau bagaimanapun, permohon tersebut adalah tertakluk kepada kesesuaian bidang kepakaran yang dimohon. Jika YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan berminat, boleh terus membuat permohonan melalui pautan BORANG PERMOHONAN SEBAGAI JURI PERTANDINGAN I-ADCT25
 
4.    Bersama ini saya sertakan poster pertandingan inovasi sekiranya pihak YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan ingin menjadi peserta dengan kadar harga yuran penyertaan bagi kategori "early bird" yang ditawarkan sehingga 30 Jun 2025 sahaja. Borang penyertaan boleh diisi melalui pautan UNDANGAN KHAS SEBAGAI PESERTA I-ADCT25.
 
Segala perhatian dan kerjasama daripada YBrs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.