Pengumuman Daripada: Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT)
🔈PROGRAM LATIHAN SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) TAHUN 2025 TERBUKA KEPADA WARGA UMS DAN ORANG AWAM SECARA PERCUMA 🔈
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan program latihan sempena National Training Week (NTW) tahun 2025 pada ketetapan seperti berikut;
🗓️Tarikh : 14 – 21 Jun 2024
🔗Kaedah : Secara fizikal/secara dalam talian
Untuk makluman YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, NTW 2025 ialah minggu latihan dan aktiviti di seluruh negara yang menghimpunkan organisasi serta individu daripada pelbagai latar belakang untuk peluang pembelajaran dan pembangunan bakat. NTW 2025 akan menampilkan program latihan/kursus merentasi pelbagai topik dan bidang kemahiran yang mana ditawarkan SECARA PERCUMA. Program latihan yang ditawarkan terbuka kepada semua warga UMS dan orang awam dengan mensasarkan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.
📞Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Elly Emylia Binti Burhanudin di alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.📞