Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif
YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik,
JEMPUTAN KE PROGRAM PENILAIAN PROJEK AKHIR PELAJAR TAHUN 3 AKADEMI SENI DAN TEKNOLOGI KREATIF, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan Penilaian Projek Akhir Pelajar Tahun 3 bagi Program Seni Kreatif, Seni Muzik dan Teknologi Seni Visual, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif akan diadakan sepanjang bulan Jun – Julai 2025. Sehubungan dengan itu, pihak Akademi dengan berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik untuk hadir menyaksikan program penilaian pelajar ini mengikut tarikh-tarikh yang dinyatakan dalam poster yang dilampirkan.
3. Bersama-sama ini dilampirkan poster penilaian projek akhir sepanjang bulan Jun – Julai 2025 untuk makluman dan rujukan pihak YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik selanjutnya.
Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.