Apa itu Zakat Perniagaan?

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Apa itu Zakat Perniagaan?
 
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 
 
Fatwa Negeri Sabah Mengenai Kewajipan Mengeluarkan Zakat Perniagaan;
 
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 2/2006 yang bersidang pada 27-28 Jun 2006 di Kota Kinabalu, Sabah telah bersetuju memutuskan bahawa;
 
“𝙈𝙖𝙣𝙖-𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙨𝙮𝙖𝙧𝙞𝙠𝙖𝙩 𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙞𝙡𝙞𝙠 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣, 𝙨𝙬𝙖𝙨𝙩𝙖 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙨𝙚𝙥𝙖𝙧𝙪𝙝 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙤𝙥𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙙𝙞 𝙣𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙎𝙖𝙗𝙖𝙝 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙩𝙪𝙟𝙪𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙧𝙣𝙞𝙖𝙜𝙖𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙠𝙚𝙥𝙚𝙣𝙩𝙞𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙪𝙢𝙪𝙢, 𝙬𝙖𝙟𝙞𝙗𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙮𝙖𝙧 𝙕𝙖𝙠𝙖𝙩 𝙙𝙞 𝙣𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞”
 
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”                                                                                        (QS al-Nur(24) : 37)
 
Sumber Rujukan:https://appszakat.sabah.gov.my/index.php
 
KUNJUNGI PERKHIDMATAN KAUNTER KAMI
📍 Kaunter Zakat Pusat Islam UMS | Tingkat 1, Pejabat Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah
🕘 Isnin – Jumaat | 9:00 pagi – 3:00 petang
 
PERUNDING ZAKAT PUSAT ISLAM UMS
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian Sila hubungi:-
 
📞Pn. Noorisah 013 285 5378
📞Pn. Kartini 019 804 2698
📞Cik. Noorfazlina 013 808 5856
 
#UMSshare 
#JomTunaikanZakat
#ZakatMembawaBerkat