Program Bicara Bersama Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi UMS

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Penyelidikan dan Inovasi

 

 

YBrs. Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.  Sukacita dimaklumkan Program Bicara Bersama Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi UMS akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat mengikut kluster dan kategori seperti yang telah dinyatakan dalam poster yang dilampirkan.
 
3. Sebagai makluman, program ini adalah platform perkongsian hala tuju strategik, penyampaian maklumat penting serta pengukuhan komunikasi dua hala antara ekosistem Penyelidikan dan Inovasi, Penyelidik serta Ahli Akademik UMS.
 
4.  Sehubungan itu, semua Penyelidik dan Ahli Akademik UMS adalah dijemput menghadiri program ini mengikut kluster/kategori dan mata IDP akan diberikan. Mohon jasa baik YBrs. Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan untuk mengesahkan kehadiran dipautan https://forms.office.com/r/98dx4tZxkQ  sebelum atau pada 4 Julai 2025 (Jumaat)
        
Sokongan dan perhatian YBrs. Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.