Pemakluman Pelaksanaan Cukai Perkhidmatan (SST) ke Atas Yuran Pengajian Pelajar Bukan Warganegara dan Perkhidmatan Sewaan di UMS

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

 

Pemakluman Pelaksanaan Cukai Perkhidmatan (SST) Ke Atas Yuran Pengajian Pelajar Bukan Warganegara dan Perkhidmatan Sewaan Di UMS
 
‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
 
Salam Sejahtera,
 
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelaksanaan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dikenakan ke atas yuran pengajian pelajar bukan warganegara serta perkhidmatan sewaan atau pajakan di Universiti Malaysia Sabah bermula 1 September 2025.
 
Sehubungan dengan itu, bersama-sama dilampirkan surat pemakluman rasmi dan infografik untuk tujuan makluman.
 
Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berkenaan perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

Sekian.