Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS
MAJLIS BACAAN YASIN & DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1447H / 2025M
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Kesyukuran bersempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1447H / 2025M seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 4 September 2025 (Khamis)
🕔 Masa: Selepas Solat Maghrib
🕌 Tempat: Masjid Universiti Malaysia Sabah
Sehubungan itu, semua warga UMS dijemput hadir bagi memeriahkan majlis yang penuh dengan keberkatan ini. Semoga kehadiran tuan/puan akan menambahkan seri dan rahmat dalam usaha kita menghayati perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW.
“MEMBANGUN UMMAH MADANI”
#MaulidurRasulUMS1447H
#UMSKampusRahmah
#PusatIslamUMS
#UMSShare
#JomKeMasjid