Pengumuman Daripada:
PENYERTAAN KURSUS PERSONAL TRAINER – SIRI KE-12
Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Pusat Satelit ISN menjemput individu yang berminat untuk menyertai Kursus Personal Trainer – Siri ke-12 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
🗓 29 September – 3 Oktober 2025
📍 Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, UMS
Kandungan kursus merangkumi:
✅Bimbingan daripada jurulatih profesional
✅Reka bentuk program latihan berkesan
✅Kemahiran komunikasi & etika jurulatih
✅Asas anatomi serta fisiologi senaman
✅ Peserta yang berjaya menamatkan kursus ini akan menerima pensijilan rasmi
⚠️ Terhad kepada 30 peserta sahaja.
🔗 Pendaftaran boleh dibuat melalui imbasan QR code pada poster atau menghubungi:
📲 Muhammad Ridauddin (013-5602602)
Jadikan minat anda terhadap kecergasan sebagai satu kerjaya profesional. Sertai kami hari ini!🔥