Permohonan Penawaran Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah Fasa 2/2025

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
YBrs Datuk/ Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan,
 
PERMOHONAN PENAWARAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH FASA 2/2025
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) telah membuka permohonan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah Fasa 2/2025 bermula 23 September sehingga 21 Oktober 2025.
 
3. Sehubungan dengan itu, pihak YBrs Datuk/ Prof./Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan, adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan tersebut melalui portal SMPPI; https:///SMPPPI/Default.aspx.