Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌸
Dimaklumkan bahawa semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah DIWAJIBKAN untuk melengkapkan dua (2) kajian nasional yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2025 seperti berikut:
🧠 1. Kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (Perkhidmatan Awam) [IKPM-PA] 2025 (semua staf lantikan tetap dan kontrak)
📅 Tempoh: 15 Oktober – 15 November 2025
🎯 Tujuan: Menilai tahap kesejahteraan psikologi penjawat awam melalui 5 dimensi – emosi positif, emosi negatif, kepuasan hidup, kesejahteraan sosial & kefungsian psikologi.
🔗 Pautan: https://ikpm.jpa.gov.my/
🏢 2. Penilaian Ideal Peribadi Organisasi (iNSAN – KPT) (staf lantikan tetap sahaja)
📅 Tempoh: 15 Oktober – 15 November 2025
🎯 Tujuan: Mengukur kesejahteraan dan keserasian nilai peribadi serta organisasi dalam kalangan penjawat awam.
✅ Tindakan Diperlukan:
Semua staf diminta melengkapkan kedua-dua penilaian sebelum 15 November 2025.
Daripada,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
28 Oktober 2025


