Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof./Prof Madya Dr/Dr/Tuan/Puan/En/Cik,
Dengan sukacitanya, Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dengan kerjasama Pusat Serantau Asia Tenggara Mencegah Keganasan (SEARCCT), Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLN) akan menerima delegasi VIP, iaitu Yg. Berbahagia Datin Sri Paduka Nurashikin Taib, Ketua Pengarah SEARCCT dengan ketetapan seperti berikut:
Hari Pertama: COURTESY VISIT - DELEGASI VIP SEARCCT, KEMENTERIAN LUAR NEGERI DI BANGUNAN CANSELORI, UMS PADA 4 NOV 2025, 2.30PM-4.30PM
Tentatif Lawatan:        
Greet & Meet di Bilik VIP, Bangunan Canselori
Lawatan ke Muzium UMS, Galeri Azman Hashim(GAH) (Confirmed)
Lawatan ke Galeri BORNEENSIS, ITBC (Tertakluk dengan kesesuaian sekiranya masa mengizinkan)
Penutup: Sunset & Minum Petang di Marina Cafe (Ruang VIP) 
Hari Kedua: *UNIVERSITY LECTURE SERIES (ULS) PADA 5 NOV 2025 (DEWAN AUDITORIUM, PERPUSTAKAAN UMS), 9AM-12.30PM*
Segala bantuan, kehadiran dan kerjasama Ybrs Prof/Prof. Madya Dr/Tuan/Puan adalah amat saya hargai bagi kelancaran lawatan courtesy visit dan juga seminar tersebut. 
Sekian terima kasih.


