Hebahan Lokasi Parkir Awam Majlis APUMS 2025

 
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
 
 
 
HEBAHAN LOKASI PARKIR AWAM – MAJLIS ANUGERAH PENYELIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (APUMS) 2025
 
Tarikh: 14 November 2025 (Jumaat)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Grand Ballroom, Aras 3, Le Méridien Kota Kinabalu
 
Dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (APUMS) 2025 akan diadakan di Le Méridien Kota Kinabalu pada tarikh dan masa seperti di atas.
 
Memandangkan kapasiti parkir di dalam kawasan hotel adalah terhad, para jemputan dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan parkir awam atau parkir di kawasan berdekatan seperti berikut:
Lokasi Parkir Awam & Alternatif Berdekatan
 
   1. Tempat Letak Kereta KK Waterfront
    • Terletak berhampiran Sunset Bar dan Anjung Kinabalu (lebih kurang 3 minit berjalan kaki ke hotel).
 
   2. Tempat Letak Kereta Warisan Square / Unic Hotel / The Klagan Hotel
    •Kawasan parkir bertingkat yang luas di kompleks Warisan Square, termasuk parkir berhadapan The Klagan Hotel.
    •Terletak bersebelahan Le Méridien, dengan akses mudah melalui Jalan Tun Fuad Stephens.
 
   3. Tempat Letak Kereta Awam Berhadapan Pasar Filipina (Handicraft Market)
    •Sesuai bagi jemputan yang tiba awal; kira-kira 5 minit berjalan kaki ke hotel.
 
   4. Parkir Pusat Membeli-Belah Berdekatan:
    •Centre Point Sabah (CPS) Shopping Mall – ±6–8 minit berjalan kaki melalui Jalan Asia City / Jalan Coastal. 
 
Saranan Kepada Para Jemputan
 
• Datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar pada malam minggu.
• Gunakan aplikasi Google Maps atau Waze bagi panduan ke lokasi parkir terkini.
• Disarankan untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab atau berkongsi kenderaan (carpool) bersama rakan jemputan bagi  mengurangkan kesesakan dan memudahkan urusan parkir.
 
Sekretariat
Majlis APUMS 2025