Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

🎉 SELAMAT MAJU JAYA AUDITEE UMS! 🎉
Kami ingin menyampaikan sokongan penuh dan ucapan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua JAFPIB yang terlibat dalam Audit Pematuhan Ke-2 ini!
Fokus utama audit kali ini adalah bagi pensijilan:
- Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) 2nd Surveillance ISO 45001:2018.
- Sistem Pengurusan Keselamatan Jalan Raya (RTSMS) MS ISO 39001:2013.
Kami yakin dengan segala persiapan yang telah dilakukan. Semoga semua pihak dapat memberikan kerjasama terbaik dan menunjukkan komitmen cemerlang dalam mengamalkan sistem pengurusan keselamatan & kesihatan Pekerjaan dan Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya
Senarai Pihak yang Diaudit (Auditee): (Sila rujuk pada senarai penuh dalam poster)
- SPKKP: UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Jabatan Bendahari, Fakulti Pertanian Lestari, Fakulti Sain Makanan dan Pemakanan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Bahagian Perkhidmatan Akademik, Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkormesialan, Pusat Pengurusan Ecofarm, Pusat Pengurusan Penyelidikan, Pusat Penataran Ilmu & Bahasa dan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif.
- RTSMS: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Bahagian Keselamatan UMS.
🗓️ Tarikh Audit: 19 – 21 November 2025
🔍 Badan Pensijilan: NIOSH Certification Sdn Bhd
Mari kita sama-sama pastikan kelancaran proses audit ini dan membawa nama UMS ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi!
#SelamatMajuJaya #AuditeeUMS #AuditPematuhan #ISO45001 #ISO39001 #UMS #NIOSH #QualityManagement #BertamadunCemerlang


