Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

EKSPO HIBRID ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KE-10 (APKHE-10)
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Bertekad Cemerlang.
Sukacita dimaklumkan bahawa Ekspo Hibrid Asas Pembudayaan Keusahawanan Ke-10 (APKHE-10) akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 08 - 11 Disember 2025
Masa: 08.30 pagi – 04.00 petang
Lokasi: Ruang Parkir dan Laman Ceria, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), UMS
Program ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Pelbagai jualan makanan dan minuman yang menyelerakan akan diadakan selaras dengan tujuan program ini.
Program ini terbuka kepada seluruh warga UMS. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan ekspo dan menyokong para pelajar dalam usaha mereka.
Sekian, terima kasih.


