Laporan Pencapaian Hasil Pemeriksaan Mengejut Pengurusan Kewangan PTJ UMS (Skop Ogos 2024-Mei 2025) Tahun 2025

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari

 

Ringkasan Pencapaian (Markah) PTJ Bagi Aktiviti Pemeriksaan Mengejut Tahun 2025
 
Salam sejahtera tuan/puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa, LAPORAN AKHIR HASIL PEMERIKSAAN MENGEJUT PENGURUSAN KEWANGAN PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) UMS TAHUN 2025 telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 1/2026 yang diadakan pada 9 Januari 2026 (Jumaat). Pihak pengurusan merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen semua PTJ di dalam pelaksanaan aktiviti berkenaan.
 
Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dikemukakan infografik Laporan Pencapaian Hasil Pemeriksaan Mengejut Pengurusan Kewangan PTJ UMS (Skop Ogos 2024-Mei 2025) Tahun 2025 untuk makluman dan tindakan selanjutnya.
 
Syabas dan tahniah kepada semua PTJ, teruskan komitmen untuk memastikan pengurusan dan tadbir urus kewangan yang terbaik di PTJ.
 
Nota; Laporan Penuh Pemeriksaan akan diedarkan kepada semua PTJ dalam masa terdekat.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Urus setia seperti berikut:-
📱www.wasap.my/019-8007108 - Encik Jipin Helion, Pembantu Akauntan
📱www.wasap.my/016-8313422 - Cik Saini binti Mohilap, Akauntan Kanan
📞Ext: 200503
🖥️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(Sektor Pemantauan dan Pematuhan)