Klinik Konsultasi Jurnal Tahun 2026

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Klinik Konsultasi Jurnal Tahun 2026 akan dilaksanakan sebanyak enam (6) sesi sepanjang tahun 2026, iaitu pada bulan Januari, Mac, Mei, Julai, September dan November. Sehubungan itu, Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan sukacitanya menjemput ketua editor, editor pengurusan serta ahli sidang editorial jurnal untuk menyertai klinik konsultasi ini. Butiran lanjut berkaitan pelaksanaan setiap sesi adalah seperti yang dinyatakan dalam poster (sila rujuk lampiran).
Sehubungan itu, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk memilih sesi yang bersesuaian dengan jadual masing-masing dan seterusnya mengesahkan kehadiran melalui pautan berikut: https://shorturl.at/Kaq5a selewat-lewatnya pada 26 Januari 2026 (Isnin).
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi:
•          Pn. Lindsy Lorraine Majawat
            012-820 7478 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
•          Pn. Veronica Kasin
            014-558 6647 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
•          Encik Marshel Kanam Gombor
            012-837 3673 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.