Temuduga Terbuka Ambilan Pelajar Latihan Industri Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Salam sejahtera YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Universiti Malaysia Sabah membuka peluang Latihan Industri 2026 khusus untuk pelajar institusi pengajian tinggi. Mohon dihebahkan kepada pelajar tahun akhir fakulti masing-masing.

 

Program: Latihan Industri – Instrumentasi Termaju dalam Makmal Pengujian (Platform pembangunan kompetensi berfokus untuk pelajar, graduan dan profesional industri)

 

Tarikh Temuduga:
📅 28 Januari 2026 (Rabu)
🕚 11:00 pagi – 3:00 petang
📍 Smart Space, Fakulti Sains dan Teknologi (dahulunya dikenali sebagai Fakulti Sains dan Sumber Alam)
 
Kelayakan:  ✔ Pelajar Diploma / Ijazah Sarjana Muda  - untuk memenuhi keperluan syarat bergraduasi.
Bidang berkaitan:
 
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Bioteknologi
  • Sains Gunaan / Bahan
  • Kejuruteraan / bidang berkaitan
Skop Latihan:
  • Keselamatan & amalan kerja makmal
  • Pengendalian peralatan asas & instrumentasi termaju
  • Penyediaan sampel & analisis
  • Dokumentasi, pelaporan & pengurusan data
  • Tugasan berasaskan masalah sebenar
  • Etika & profesionalisme makmal
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran.
 
Pertanyaan & Maklumbalas: 📞 +6088-329 024 (Pejabat Pentadbiran PIPS)
 
👉 Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran & kebolehpasaran anda.