Kajian Kepuasan Pelanggan dan E-Rating Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Assalamu’alaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains, UMS sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan serta E-Rating Kaunter bagi tujuan penambahbaikan mutu dan kualiti perkhidmatan kami secara berterusan.
 
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan dan E-Rating Kaunter melalui pautan berikut:
 
 
Pautan E-Rating Kaunter PIPS:
https://erespon.ums.edu.my/kaunter/rating_kaunter? jafpib=Pusat%20Instrumentasi%20Dan%20Perkhidmatan%20Sains&kaunter=PUSAT%20INSTRUMENTASI%20DAN%20PERKHIDMATAN%20SAINS&id=81
 
Borang kajian ini juga boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang disertakan di dalam poster.
 
Segala maklum balas yang diberikan amatlah kami hargai bagi membantu meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi borang kajian ini dan menjadi responden Kajian Kepuasan Pelanggan dan E-Rating Kaunter PIPS.
 
Sekian, Terima kasih.