Tahniah Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dengan Kepujian (MQA/FA 16548), FPEP UMS Atas Kejayaan Memperoleh Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Setinggi-tinggi tahniah kepada Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dengan Kepujian (MQA/ FA 16548), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS atas kejayaan memperoleh Perakuan Akreditasi Penuh daripada MQA. 
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga FPEP atas komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan kualiti program akademik yang cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan berterusan UMS.