Kempen Infak Helwa Melalui Potongan Gaji

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

✨ KEMPEN INFAK HELWA ✨
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
 
Infak bukan sekadar memberi, tetapi satu pelaburan akhirat yang berpanjangan. Sehubungan dengan itu, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan rendah hati menjemput seluruh warga UMS serta masyarakat awam untuk bersama-sama menyumbang melalui Infak HELWA yang dilaksanakan secara potongan gaji melalui sistem HR Online.
 
Sumbangan yang disalurkan akan dimanfaatkan untuk:
📚 Kelas Mengaji Kakitangan UMS dan Orang Awam
📚 Kelas Mengaji Pelajar UMS
📚 Program Kerohanian Wanita
📚 Bengkel Kelas dan Tajwid
📚 Program Tadarus Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran
📚 Pembelian Al-Quran, Iqra’, buku tajwid serta rehal
📚 Program Pembangunan dan Kemahiran Wanita 
 
📖 Sabda Nabi SAW:
“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah...."
 
💻 Cara Menyumbang:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Mengaji HELWA
 
📞 Sebarang pertanyaan:
Hotline Pusat Islam UMS: 088-320624
 
#JomInfak
#InfakHelwa
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare