PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK : JEMPUTAN PROGRAM PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN JOM OUTDOOR JABATAN PENDAFTAR TAHUN 2015
Prof./Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN PROGRAM PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN JOM OUTDOOR JABATAN PENDAFTAR TAHUN 2015
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
02. Dimaklumkan bahawa Program Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Jom Outdoor akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 28 Ogos 2015 (Jumaat)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Foyer Bangunan Canselori UMS, Blok Selatan
Kod Pakaian : Pakaian Sukan
03. Sehubungan dengan itu, Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir ke program tersebut. Atur cara program adalah seperti di lampiran.
Kerjasama dan kehadiran Prof./Dr./Tuan/Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
