DERMA PAKAIAN TERPAKAI

PENGUMUMAN DARIPADA : KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KESUMBA)

 

DERMA PAKAIAN TERPAKAI

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Kelab Suri rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA ) kini dalam proses pengumpulan pakaian terpakai lelaki dan wanita dewasa yang masih dalam keadaan baik, untuk diagihkan kepada penerima yang kurang berkemampuan.

 

3. Mohon bantuan tuan/puan untuk menghantar pakaian terpakai ke pusat pengumpulan di Bahagian Perkhidmatan Akademik, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari.  Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Cik Norti Sirin 019 8731991, Puan Norazah Hamzah 019 8701712 atau Puan Siti Khadizah binti Yaakub 013 5560148.

 

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.