PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
SUBJEK : JEMPUTAN KE SEMINAR PERLINDUNGAN HAK HARTA INTELEK
PEGAWAI DIHUBUNGI : PUAN ROZAIDAH AMIR HUSSEIN, Samb. talian 1631, Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
CIK MASRINA MAUJAR, Samb. talian1063Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa, PPI dengan kerjasama Perbadanan Harta Intetelek Malaysia (MyIPO) Cawangan KK akan menganjurkan satu program sepertimana tersebut di atas. Penganjuran program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 30 September 2015 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Galeri Majlis UMS, Aras 3, Bgn. Canselori
Sehubungan itu, YBrs. Prof. / Dr. adalah dijemput untuk menghadiri program berkenaan. Pengesahan kehadiran hendaklah dimaklumkan kepada urusetia selewat-lewatnya 23 September 2015 (Rabu) melalui emel atau menghubungi urusetia sepertimana maklumat di atas. Turut dilampirkan tentatif program berkenaan untuk rujukan selanjutnya. Sebagai maklumat tambahan, program ini terbuka kepada kakitangan akademik, bukan akademik serta pelajar pascasiswazah dan kehadiran staf UMS akan diberikan mata IDP.
Sekian, terima kasih.
