PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
PEGAWAI DIHUBUNGI : Urusetia Penyelidikan, samb; 1065, 1063
ANNOUNCEMENT
TAWARAN PERMOHONAN PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL DI DALAM BIDANG SAINS & TEKNOLOGI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN JEPUN BAGI TAHUN KEWANGAN 2016
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang di atas bagi tahun kewangan 2016. Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk mewujudkan satu jaringan kerjasama antarabangsa di kalangan negara-negara membangun bagi menangani isu-isu global di dalam bidang sains dan teknologi.
Sehubungan itu, kumpulan penyelidik yang berminat boleh menghantar permohonan melalui Pusat Penyelidikan dan Inovasi selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2015 (Khamis). Sebagai makluman tambahan, berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
- Permohonan bagi kedua-dua kompenan ini perlulah menggunakan borang/ format Japan technikal Cooperation seperti dalam lampiran.
- Permohonan bagi kompenan SATREPS adalah terhad bagi empat (4) bidang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Jepun iaitu Environment / Energy, Bioresources, Disaster Prevention and Mitigation and Infectious Diseases Control. Maklumat lanjut mengenai bidang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web: http://www.st.go.jp/global/english/koubo.html dan http://www.amed.go.jp/en/news/program/030120150909.html
- Permohonan bagi kompenan SATREPS, Institusi /Universiti Tempatan perlu mengenalpasti counterpart mereka di Jepun. Pihak counterpart di Jepun juga harus mengemukakan permohonan di dalam bidnag kerjasama yang sama untuk perhatian Japan Science and Technology Agency (JST) di bawah Ministry of Education, Culture, Sports, Science & Technology (Mext) Jepun di Tokyo. Bagi bidang Infectious Diseases Control, pihak counterpart di Jepun perlu mengemukakan permohonan ke Japan Agency for Medical Research and Development (AMED);
- Kerjasama di bawah komponen SATREPS yang melibatkan elemen Joint Research adalah antara 3 hingga 5 tahun;
- Maklumat lanjut berhubung kos/ perbelanjaan yang perlu di tanggung oleh pihak pemohon dan Kerajaan Jepun secara terperinci boleh diperolehi dengan merujuk kepada muka surat 3, item 8 di dalam syarat-syarat pemilihan skim bantuan teknikal seperti di Lampiran B;
- Semua permohonan cadangan projek / penyelidikan daripada IPTA tempatan perlulah melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum dikemukakan untuk perhatian UPE, JPM bagi tindakan susulan;
- Tarikh-tarikh penting:
Tarikh | Perkara | Catatan | Tindakan |
25 Sept 2015 – 1 Okt 2015 |
| Penerimaan borang sehingga jam 5.00 petang sahaja | Pemohon |
2 Okt 2015 – 5 Okt 2015 |
| - | PPI |
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pn. Mary Kinsui Samb: 4146, Pn. Norni Lagung samb: 1034, atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Dilampirkan bersama ini :
Sekian, terima kasih.