PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN INTERNET UNIVERSITI
Dengan segala hormatnya perkara dia atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa terdapat gangguan capaian internet Universiti. Pengguna akan mengalami kelembapan capaian untuk mengakses internet. Walaubagaimanapun, akses ke sistem-sistem dalaman dari rangkaian kampus Universiti tidak mengalami gangguan.
Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan bagi membaikpulih gangguan tersebut.
Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.
Sekian, harap maklum.